ABU Bakr al-Baghdadi.
ABU Bakr al-Baghdadi.
AFP

WASHINGTON: Jenazah kumpulan pengganas Daish, Abu Bakr al-Baghdadi yang dibunuh dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lalu dikebumikan di laut.

Tentera AS meraikan kejayaan membunuh pengasas Daish itu dalam kempen selama beberapa tahun untuk memusnahkan kumpulan pengganas yang pernah menguasai sebahagian besar Iraq dan Syria.

Dua lelaki ditahan dalam operasi itu, dan jenazah Abu Bakr dipindahkan selepas dia membunuh diri.

Jenazah Abu Bakr dipindahkan ke kemudahan selamat untuk mengesahkan identitinya dengan ujian forensik DNA.

Seorang pegawai Pentagon mengesahkan jenazah Abu Bakr dikebumikan di laut di lokasi rahsia, seperti yang dilakukan kepada jenazah Osama bin Laden pada 2011, selepas pemimpin al-Qaeda itu terbunuh dalam serbuan tentera AS di Pakistan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 9:39 AM