TRUMP
TRUMP
Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mempertahankan keputusan mengundurkan tentera negara itu dari utara Syria.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Trump berkata, kos untuk terus menyokong tentera Kurdis untuk menentang militan Daish di wilayah itu adalah terlalu tinggi.

“Tentera Kurdis berperang bersama kami tetapi kami membayar sejumlah wang yang besar dan peralatan untuk berbuat demikian. Mereka juga menentang Turki sejak berdekad lalu.

“Turki, Eropah, Syria, Iran, Iraq, Russia dan Kurdis kini perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya,” katanya.

Keputusan pentadbiran Trump itu membuka jalan untuk tentera Turki menyerang kedudukan Kurdis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 1:10 AM