SAHAR Tabar, menunjukkan wajah sebelum dan selepas pembedahan untuk kelihatan seperti Angelina Jolie. FOTO Instagram Sahar Tabar.
SAHAR Tabar, menunjukkan wajah sebelum dan selepas pembedahan untuk kelihatan seperti Angelina Jolie. FOTO Instagram Sahar Tabar.
Agensi

TEHERAN: Gadis Iran yang pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa melakukan 50 pembedahan untuk kelihatan seperti pelakon, Angelina Jolie, ditahan pihak berkuasa Iran kerana disyaki menghina agama dan mencetuskan keganasan.

Daily Mail melaporkan, tindakan itu diambil terhadap Sahar Tabar selepas banyak aduan dibuat mengenai hantarannya yang dimuat naik di akaun Instagram.

Bintang media sosial berusia 22 tahun itu sebelum ini dilaporkan menjalani pembedahan terbabit namun kemudiannya membuat penafian sambil menjelaskan ia hanyalah teknik solekan dan suntingan semata-mata.

Agensi berita Tasnim melaporkan, dia turut ditahan kerana meraih pendapatan menerusi cara yang salah dan menggalakkan remaja melakukan rasuah.

Kebanyakan gambar dan videonya itu dikongsi bersama 26,800 pengikutnya selepas melalui pelbagai proses suntingan untuk kelihatan seperti Angelina.

Julai lalu, gadis terbabit menunjukkan wajah asalnya sebelum ini dengan memuat naik gambar sisi sebelum dan selepas pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:17 PM