Gambar hiasan
Gambar hiasan
Reuters

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico semalam menahan dua disyaki ketua rangkaian penyeludupan manusia yang membawa pendatang dari Amerika Selatan dan Asia ke Mexico sebelum menghantar mereka ke utara negara itu yang bersempadan dengan Amerika Syarikat.

Kerajaan Mexico berada dalam tekanan untuk mengurangkan jumlah pendatang Amerika Tengah yang menyasarkan sempadan Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump mengancam akan mengenakan tarif ke atas barangan Mexico.

Menurut pihak berkuasa, suspek disyaki menerima purata 25 pendatang setiap minggu yang masuk ke negara itu melalui lapangan terbang Cancun atau Mexico City dan kemudian dibawa menaiki bas ke Mexicali di sempadan Baja California.

“Kebanyakan pendatang berasal dari Ecuador dan Peru, manakala segelintir lain dari India.

“Pendatang membayar sehingga AS$2,500 (RM10,472) agar mereka tidak menghadapi masalah masuk ke Mexico dan meneruskan perjalanan ke sempadan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 11:24 AM