COOK mengaku bersalah atas semua pertuduhan. FOTO Agensi
COOK mengaku bersalah atas semua pertuduhan. FOTO Agensi
Agensi

EDINBURGH: Seorang lelaki dengan sengaja kentut di hadapan muka pegawai polis ketika dia sedang diperiksa selepas polis terbau ganja dalam keretanya lalu menahannya.

The Sun melaporkan, Stuart Cook, 28, berada di lokasi kemalangan di Aberdeen, Scotland, namun ditahan polis selepas polis terbau ganja ketika menghampiri keretanya.

Dia dibawa ke balai polis Kittybrewster. Ketika polis ingin memeriksa seluruh tubuhnya, Cook diarah untuk membengkokkan badannya lalu dengan sengaja kentut dihadapan pegawai polis sebanyak tiga kali sambil berkata, “anda sukakah itu?”.

Cook dari Stonehaven, Aberdeenshire, mengaku bersalah kerana miliki ganja, berkelakuan kasar dan agresif, memaparkan bahasa badan agresif, bercakap lucah kepada polis dan sengaja kentut ke arah polis.

Sebagai denda, Cook dihukum melakukan kerja-kerja amal selama 75 jam tanpa gaji.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 10:58 PM