SEUNGRI disoal siasat polis hari ini kerana terbabit dalam kes  perjudian haram di luar negara. FOTO AFP
SEUNGRI disoal siasat polis hari ini kerana terbabit dalam kes perjudian haram di luar negara. FOTO AFP
AFP

SEOUL: Bintang K-pop popular, Seungri disoal siasat polis hari ini kerana terbabit dalam kes perjudian haram di luar negara.

Kes itu adalah yang terbaru membabitkan bekas anggota kumpulan BIGBANG yang terbabit dalam skandal dadah dan seks yang membawa kepada persaraannya Mac lalu.

Seungri, 28, dituduh terbabit dalam perjudian di kasino mewah di Las Vegas membabitkan urus niaga tukaran asing secara tidak sah.

Berpakaian sut hitam, Seungri keluar dari kereta sedan hitam ke menuju ke arah wartawan yang menunggu di bangunan polis di Seoul.

“Saya meminta maaf sekali lagi kerana menyebabkan kebimbangan.

“Saya akan menghadiri sesi soal siasatan dengan ikhlas,” katanya.

Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun, sebelum ini disiasat mengatur perkhidmatan seks bagi bakal pelabur dalam perniagaannya.

Siasatan pembabitannya dalam skandal mendedahkan tuduhan terhadap beberapa pemuzik dan kakitangan lain di YG Entertainment, bekas agensi dinaungi Seungri dan antara firma hiburan terbesar K-pop.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Ogos 2019 @ 11:32 AM