SEUNGRI. -Foto AFP
SEUNGRI. -Foto AFP
Agensi

SEOUL: Anggota kumpulan K-pop, Big Bang, yang terkenal dengan nama pentas Seungri, mengumumkan bersara daripada bidang seni selepas didakwa menyediakan pelacur untuk pelabur asing di kelab peribadi miliknya.

Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun, 28, mengumumkan keputusan itu sehari selepas dakwaan berkenaan, yang menyebabkan saham Agensi YG Entertainment Inc, miliknya menjunam sehingga 14 peratus, lapor Reuters.

Menurut AFP, Seungri disoal polis pada hujung minggu lalu berhubung tuduhan terbabit.

“Saya rasa sudah tiba masa untuk bersara daripada bidang seni,” katanya di akaun Instagramnya.

Dia berjanji bekerja sama dengan polis dalam siasatan mereka, selain memohon maaf kepada peminatnya kerana dianggap ‘pengkhianat bangsa.’

Tuduhan itu dinafikan Seungri bulan lalu, apabila media tempatan melaporkan pembabitannya dengan ‘rasuah seks.’

Skandal itu berlaku menjelang penyertaan Seungri dalam perkhidmatan ketenteraan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 8:47 PM