KEADAAN banjir yang menghalang pergerakan kereta api. FOTO/AGENSI
KEADAAN banjir yang menghalang pergerakan kereta api. FOTO/AGENSI
AFP

NEW DELHI: Lebih 800 penumpang kereta api yang terkandas akibat banjir berjaya diselamatkan selepas beberapa helikopter tentera laut India dan bot perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian berhampiran Mumbai, hari ini.

AFP melaporkan, kereta api Ekspres Mahalaxmi itu berlepas dari Mumbai ke Kolhapur semalam namun hanya sempat melakukan perjalanan sejauh 60 kilometer sebelum terkandas.

Kereta api itu terkandas kira-kira 12 jam di daerah Thane sebelum pihak berkuasa menghubungi tentera laut dan Pasukan Bertindak Bencana Kebangsaan (NDRF) yang mengerahkan beberapa helikopter, bot dan penyelam.

Syarikat Kereta Api India memaklumkan, ia dikosongkan dalam tempoh lima jam selepas operasi dilakukan dan penumpang itu termasuk lima wanita sarat mengandung.

Katanya, beberapa ambulans dihantar bersama sekurang-kurangnya 37 doktor untuk merawat penumpang yang turut diberi minuman dan makanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 9:46 PM