PEKERJA melakukan kerja menyelamat di celah runtuhan. FOTO AFP
PEKERJA melakukan kerja menyelamat di celah runtuhan. FOTO AFP
BERNAMA

New Delhi: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Maharashtra pada Isnin, menurut Agensi Anadolu memetik pegawai Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF).

"Lima pasukan NDRF sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak 5 pagi, Isnin. Dipercayai antara 20 hingga 25 lagi dikhuatiri terperangkap," tulis Ketua Pengarah NDRF Satya Pradhan di Twitternya.

Kejadian berlaku di kawasan Bhiwandi di daerah Thane di bandar kewangan India, Mumbai, pada 3.45 pagi.

Lebih 20 orang terperangkap di bawah runtuhan diselamatkan, termasuk seorang kanak-kanak, lapor media tempatan.

Anggota NDRF, polis tempatan dan bomba masih berada di lokasi kejadian.

Beberapa kawasan di Maharashtra dilanda hujan monsun namun, tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian runtuhan, sama ada disebabkan masalah cuaca atau sebaliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 1:32 PM