PATUNG Melanie Trump rekaan Ales Zupevc yang dikatakan menyerupai Smurfette. -Foto REUTERS
PATUNG Melanie Trump rekaan Ales Zupevc yang dikatakan menyerupai Smurfette. -Foto REUTERS
Agensi

LJUBLJANA: Patung kayu wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump yang didirikan berhampiran perkampungannya di Sevnica, dikatakan merupai watak katun terkenal Smurfette.

Memetik ITV, patung rekaan artis Slovenia, Ales Zupevc itu berdasarkan gambar Melania yang memakai gaun biru muda dan tangan kirinya melambai ketika menghadiri majlis perasmian Presiden Donald Trump pada Januari 2017.

Bagaimanapun, hasil ukiran patung itu mengejutkan penduduk setempat yang menganggap ia memalukan kerana lebih merupai Smurfette.

“Ia langsung tidak merupai Melania dan seperti Smurfette,” kata seorang penduduk.

Pelancaran patung itu semalam, menarik kira-kira 30 pengunjung.

Menurut ITV, Zupevec cuma diberikan satu syarat iaitu warna gaun Melania harus sama dengan gaun yang dipakai ketika perasmian itu.

Pada 2017, Newsweek melaporkan terdapat cadangan untuk membina patung Melania di Bosnia dan Herzegovina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2019 @ 10:21 PM