FOTO Agensi
FOTO Agensi
Agensi

JAKARTA: Polis menyiasat taktik baru dalam aktiviti penjualan dadah dengan menjadikan masjid sebagai lokasi menyimpan methamphetamine.

Jakarta Post melaporkan, kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai D pada Khamis minggu lalu di kawasan parkir sebuah restoran makanan segera di Pondok Pucung, daerah Pondok Aren, Tangerang Selatan.

Polis mendakwa merampas 12.5 gram methamphetamine daripada suspek yang sebelum itu menyimpan dadah terbabit di sebuah masjid di Cinere, Depok, Jawa Barat.

Suspek terbabit ditugaskan untuk mengambil dadah disimpan di tandas masjid oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ali yang dipercayai masih bebas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 1:31 PM