AWAN berbentuk ombak di Virginia. FOTO/AGENSI
AWAN berbentuk ombak di Virginia. FOTO/AGENSI
Agensi

Virginia: Pengguna media sosial di Amerika Syarikat (AS) terpegun dengan gambar satu formasi awan yang sangat jarang berlaku yang dirakamkan di pergunungan Smith Mountain Lake di sini pada Selasa lalu.

CNN melaporkan, gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan formasi awan seperti ombak di angkasa.

Formasi awan seperti itu sangat jarang terbentuk ketika hari berangin dan cuaca tidak menentu tetapi dalam satu keadaan fenomena semula jadi itu boleh berlaku dan ia dikenali sebagai Awan Kelvin-Helmholtz.

Perkhidmatan Cuaca Nasional (NSW) menerangkan fenomena itu sebagai ombak menegak di udara yang berpunca daripada angin yang bertiup melintasi kawasan yang statik atau stabil.

“Pada imej radar dan gambar awam ia kelihatan seperti ombak yang berpecah dan dengan bentuk berpintal,” kata NSW.

Dalam kata lain, lapisan atmosfera yang berbeza mempunyai kelajuan angin yang berbeza sekali gus menjadikan awan berbentuk seperti ombak. Sekiranya suhu dan kelembapan sesuai, ia akan menghasilkan formasi awam yang menakjubkan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 8:46 PM