BENJAMIN Netanyahu ketika merasmikan penempatan baru di Bukit Golan iaitu ‘Trump Heights’. Foto EPA
BENJAMIN Netanyahu ketika merasmikan penempatan baru di Bukit Golan iaitu ‘Trump Heights’. Foto EPA
AFP

Bukit Golan: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kelmarin merasmikan penempatan baru di Bukit Golan dengan menamakannya sempena nama ‘rakan karibnya’ Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Netanyahu memperkenalkan papan tanda ‘Trump Heights’ yang menampilkan bendera Israel dan AS, mercu lokasi penempatan baru itu.

“Terima kasih Netanyahu dan Negara Israel kerana penghormatan itu,” kata Trump di Twitter tidak lama selepas majlis itu.

Majlis itu diadakan selepas Trump pada Mac lalu mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas dataran tinggi strategik yang dirampas dari Syria pada Perang Enam Hari 1967.

Israel menggabungkan kawasan yang dijajah itu dalam gerakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

“Golan adalah Israel dan akan tetap begitu”, umum Netanyahu.

Pembinaan penempatan haram itu dirancang di kawasan yang kini didiami oleh empat keluarga peneroka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 8:59 PM