NIELS Hoegel.
NIELS Hoegel.
AFP

OLDENBURG: Seorang jururawat lelaki dianggap pembunuh bersiri paling prolifik selepas perang dunia kedua di Jerman kerana membunuh 85 pesakit.

Hakim Sebastian Buehrmann menjatuhkan Niels Hoegel, 42, penjara seumur hidup, hari ini.

Hoegel memilih mangsanya secara rambang dan bunuh mereka dengan memberi suntikan ubat antara 2000 dan 2005, sebelum ditangkap ketika melakukan perbuatan itu.

Pesalah sudah dipenjarakan sejak 10 tahun lalu kerana membunuh enam mangsa lain dan turut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan itu.

Lebih 130 mayat digali semula dari kubur untuk dibedah siasat bagi menjalankan siasatan.

Polis mengesyaki Hoegel membunuh lebih 200 mangsa, namun jumlah itu sukar disahkan kerana Hoegel mengalami masalah ingatan selain mayat mangsa mungkin dibakar sebelum bedah siasat.

Pada perbicaraan terakhirnya, Hoegel memohon maaf daripada keluarga mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 7:26 PM