ZHAO Dan mendakwa berat badannya turun selepas makan pil kurus. FOTO Weibo
ZHAO Dan mendakwa berat badannya turun selepas makan pil kurus. FOTO Weibo

Agensi

BEIJING: Dua pelakon wanita China dijatuhkan hukuman penjara kerana mengeluarkan dan menjual pil kurus palsu di media sosial.

Pesalah Zhao Dan dan Guo Jing masing-masing dihukum penjara selama tiga dan setahun, lapor akhbar Beijing Youth Daily.

Kedua-dua pelakon berusia 33 tahun dari syarikat pengurusan sama ditahan polis pada Februari tahun lalu.

Sebuah mahkamah di Beijing berkata, ubat tradisional Cina dalam bentuk kapsul itu haram kerana tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa.

Pesalah menjual pil berkenaan di antara Mac dan Oktober 2016 dengan kerjasama pasangan suami isteri yang kini menjalani hukuman penjara.

Pengikut Zhao di media sosial meningkat selepas dia menurunkan berat badan dari 110 kilogram ke 55 kilogram pada 2016.

Setiap set produk itu dijual pada harga 1,900 yuan (RM1,174) dan pesalah mencapai pulangan kasar sebanyak 1.1 juta yuan (RM678,000).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 10:11 PM