AIR France bakal mengurangkan seramai 465 pekerja.
AIR France bakal mengurangkan seramai 465 pekerja.
Reuters

PARIS: Air France bakal mengurangkan seramai 465 pekerja lapangan dari perkhidmatan domestiknya bagi mengurangkan kapasiti jarak pendek di bawah tekanan kompetitif daripada saingannya berkos rendah dan kereta api berkelajuan tinggi, kata Air France-KLM hari ini.

Pengurangan pekerjaan yang dijangkakan secara meluas, akan dilaksanakan melalui program pemberhentian secara sukarela disebabkan syarikat penerbangan Perancis itu mengurangkan penerbangan domestik sebanyak 15 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang, kata kumpulan Franco-Dutch dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 9:52 PM