MEILIANA didapati bersalah menghina Islam kerana  menyungut bunyi azan terlalu kuat. FOTO/AGENSI
MEILIANA didapati bersalah menghina Islam kerana menyungut bunyi azan terlalu kuat. FOTO/AGENSI
AFP

JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan seorang wanita yang dihukum penjara 18 bulan kerana menghina azan apabila mengadu bunyinya terlalu kuat apabila dilaungkan menggunakan pembesar suara berhampiran rumahnya.

AFP melaporkan, Meiliana, 44, didapati bersalah menghina Islam kerana menyungut bunyi azan terlalu kuat dan menyakitkan telinganya serta meminta jiran memperlahankan pembesar suara berkenaan.

Dalam keputusan yang dimuatkan dalam laman web, Mahkamah Agung berkata, ia menolak rayuan wanita bukan Islam itu namun tidak menjelaskan lebih lanjut.

Tindakan yang dibuat wanita itu lebih dua tahun lalu, mencetuskan huru hara anti-Cina terburuk di negara itu apabila segelintir pihak tersinggung dengan kata-kata wanita itu dan membakar beberapa kuil Buddha.

Tahun lalu, bekas Gabenor Jakarta dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana menghina Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 8:51 PM