PERRY (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon Beverley Hills 90210 pada 1990-an. Foto Agensi
PERRY (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon Beverley Hills 90210 pada 1990-an. Foto Agensi
PERRY. Foto Reuters
PERRY. Foto Reuters
Agensi

CALIFORNIA: Pelakon Luke Perry yang popular menerusi drama bersiri 1990-an, Beverley Hills 90210 meninggal dunia semalam, lima hari selepas dimasukkan ke hospital kerana strok.

Pelakon berusia 52 tahun dikejarkan ke hospital pada Rabu lalu dan dilaporkan tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Keluarganya termasuk anaknya Jack, 21, serta Sophie, 18, ibu mereka yang juga bekas isterinya, Rachel Minnie Sharp, dan tunangnya Wendy Madison Bauer ada bersama ketika kematiannya, lapor Daily Mail.

“Keluarganya berterima kasih atas sokongan serta ucapan takziah dari seluruh dunia, dan meminta diberi ruang untuk berkabung,” kata ejennya, Arnold Robinson dalam satu kenyataan dipetik AFP.

Perry paling terkenal sebagai watak Dylan McKay dalam Beverly Hills 90210 pada 1990, bersama barisan pelakon lain termasuk Jason Priestley serta Tori Spelling.

Watak filem terakhirnya dalam filem arahan Quentin Tarantino, ‘Once Upon a Time in Hollywood,’ bersama Brad Pitt, Al Pacino dan Leonardo DiCaprio akan ditayangkan pada hujung tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 10:01 AM