KEBAKARAN yang berlaku di Chawk bazar di Dhaka, Bangladesh. FOTO AFP
KEBAKARAN yang berlaku di Chawk bazar di Dhaka, Bangladesh. FOTO AFP
AFP

DHAKA: Jumlah kematian akibat kebakaran di sebuah apartmen yang dijadikan tempat menyimpan bahan kimia meningkat kepada 69 orang dengan berpuluh-puluh lagi mangsa cedera, kata bomba.

Semua mangsa yang maut terperangkap di dalam bangunan yang menyimpan bahan kimia mudah terbakar dan tidak dapat keluar ke jalan raya yang sempit serta sesak dengan kenderaan.

Seorang pegawai bomba, Mahfuz Riben memberitahu, sekurang-kurangnya 69 maut dan jumlah kematian mungkin meningkat.

Bomba memberitahu, kebakaran di Chawk bazar di Dhaka itu mungkin bermula dari sebuah tong gas sebelum mereka dengan cepat di bangunan yang turut menyimpan bahan kimia berkenaan.

56 maut pangsapuri terbakar

PASUKAN penyelamat mengusung keluar mayat dari lokasi kejadian. FOTO Reuters
PASUKAN penyelamat mengusung keluar mayat dari lokasi kejadian. FOTO Reuters

AHLI keluarga yang tiba untuk mengenalpasti mayat mangsa yang terkorban di sebuah hospital. FOTO Reuters
AHLI keluarga yang tiba untuk mengenalpasti mayat mangsa yang terkorban di sebuah hospital. FOTO Reuters

SEORANG wanita dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa kebakaran tidak dapat menahan hiba. FOTO Reuters
SEORANG wanita dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa kebakaran tidak dapat menahan hiba. FOTO Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 2:53 PM