PESAKIT wanita terpaksa memberi khidmat seks untuk dapatkan vaksin Ebola di negara republik itu.
PESAKIT wanita terpaksa memberi khidmat seks untuk dapatkan vaksin Ebola di negara republik itu.
Agensi

KINSHASA: Satu kajian mendedahkan wanita Republik Demokratik Rakyat Congo dipaksa memberi habuan seks sebagai ganti untuk mendapatkan suntikan vaksin Ebola di negara mereka.

Kebimbangan menjadi mangsa eksploitasi seks itu menjadi salah satu perkara yang dibangkitkan selain angka kematian akibat Ebola yang melebihi 500 orang.

Daily Mail yang memetik The Guardian melaporkan, beberapa responden yang terbabit dalam kajian dilakukan pertubuhan bukan kerajaan itu mendedahkan, mereka dipaksa memberi seks bagi membolehkan menerima rawatan dan suntikan vaksin Ebola.

Mesyuarat pasukan tindakan khas baru-baru ini turut diberitahu mengenai maklumat kajian itu selain terdapat rasa kurang percaya di kalangan wanita terhadap pekerja kesihatan negara berkenaan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Oly Ilunga Kalenga berkata, program suntikan vaksin itu buat kali pertamanya berjaya melindungi 76,425 orang daripada dijangkiti Ebola dan menghalang ribuan kematian.

“Saya percaya kita berjaya penularannya di bandar besar. Pasukan khas juga berjaya mengawalnya daripada merebak ke negara jiran,” katanya.

PEKERJA kesihatan mengalihkan pesakit dari pusat sokongan ke hospital di Butembo setelah disahkan bebas Ebola. Foto diambil sekitar November.
PEKERJA kesihatan mengalihkan pesakit dari pusat sokongan ke hospital di Butembo setelah disahkan bebas Ebola. Foto diambil sekitar November.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Februari 2019 @ 10:12 PM