ANGGOTA Humane Society International (HSI) membawa keluar seekor anjing dalam kurungan di Hongseong. FOTO AFP
ANGGOTA Humane Society International (HSI) membawa keluar seekor anjing dalam kurungan di Hongseong. FOTO AFP
AFP

HONGSEONG: Ratusan anjing diselamatkan dari rumah penyembelihan di Korea Selatan, dalam satu operasi menyelamat bermula hari ini, selepas negara itu digesa menghentikan pembunuhan haiwan itu sebagai makanan.

Kira-kira sejuta anjing setahun dijadikan hidangan di Korea Selatan sebagai makanan istimewa musim panas dan dipercayai dapat meningkatkan tenaga.

Operasi penyelamat selama dua minggu oleh kumpulan pelindung haiwan Humane Society International (HSI) mampu menyelamatkan kira-kira 200 anjing di ladang ternakan anjing di daerah Hongseong, 150 kilometer selatan Seoul.

Ia adalah ladang ke-14 ditutup sejak 2015.

Organisasi itu menerusi satu kenyataan memberitahu, ia sudah menyelamatkan kira-kira 1,600 anjing pada satu-satu masa malah petani turut menyokong bagi mengubah hasil perladangan mereka daripada perniagaan daging anjing ke ladang blueberry.

Kompleks penyembelihan anjing terbesar di Korea Selatan yang terletak di bandar Seongnam, selatan Seoul, turut dibongkar pada November tahun lalu. Hasil pemeriksaan menemui timbunan bangkai anjing ditinggalkan di atas lantai.

Pada masa ini, Korea Selatan tidak mempunyai undang-undang menangani penyembelihan untuk daging anjing.

Sementara itu, petani menggesa Seoul untuk menyenaraikan anjing di bawah peraturan daging ternakan tetapi ditentang kumpulan hak asasi haiwan.

HAMPIR dua ratus ekor anjing berjaya diselamatkan dari rumah penyembelihan tersebut. FOTO AFP
HAMPIR dua ratus ekor anjing berjaya diselamatkan dari rumah penyembelihan tersebut. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Februari 2019 @ 9:40 PM