ANGGOTA keselamatan sedang mengawal di utara Burkino Faso. FOTO/AGENSI
ANGGOTA keselamatan sedang mengawal di utara Burkino Faso. FOTO/AGENSI
AFP

OUAGADOUGOU: Seramai lima anggota keselamatan terbunuh dalam serangan militan di utara Burkina Faso, semalam kata tentera ketika negara itu menjadi tuan rumah sidang kemuncak G5 di Sahel.

“Satu daripada pasukan tentera yang ditugaskan untuk memastikan keselamatan di utara di Oursi, Sahel diserang pengganas,” kata tentera dalam satu kenyataan.

“Lima anggota gendarmi terbunuh dan tiga tercedera, termasuk dua serius,” katanya sejurus selepas serangan pada Isnin lalu mengorbankan 14 orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Februari 2019 @ 11:46 AM