RIBUT pasir turut menjejaskan penglihatan di beberapa kawasan. Foto Saudi Gazette
RIBUT pasir turut menjejaskan penglihatan di beberapa kawasan. Foto Saudi Gazette
Agensi

JEDDAH: Hujan lebat dan ribut pasir di Madinah serta beberapa kawasan lain di Arab Saudi mengakibatkan banjir yang turut melihat sekolah ditutup serta gangguan lalu lintas, kata pihak berkuasa.

Hujan lebat melanda utara dan barat Arab Saudi pada Ahad serta Isnin lalu, menyebabkan sekolah di beberapa kawasan ditutup, manakala beberapa kawasan turut dilanda ribut pasir, seterusnya menjejaskan penglihatan, lapor Arab News.

Menurut Saudi Gazette, jalan raya di Madinah dinaiki air menyebabkan beberapa kenderaan hanyut selain menjejaskan lalu lintas termasuk kemalangan kecil di beberapa laluan utama.

Jeddah serta Rabigh turut terjejas bekalan elektrik, malah ada penerbangan ditangguhkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.

http://www.arabnews.com/node/1443351/saudi-arabia

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 10:23 PM