KERAJAAN China memulakan siasatan selepas sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak menerima vaksin polio tamat tempoh. FOTO/AGENSI
KERAJAAN China memulakan siasatan selepas sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak menerima vaksin polio tamat tempoh. FOTO/AGENSI
Reuters

SHANGHAI: Polis di wilayah timur China di Jiangsu memulakan siasatan selepas sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak menerima vaksin polio tamat tempoh, kata akhbar Global Times hari ini, tamparan terbaharu terhadap sektor dilanda skandal tahun lalu.

Rakyat termasuk ibu 142bapa kanak-kanak terbabit, menyekat lalu lintas dan mengganggu ketenteraman awam ketika mereka berkumpul di luar pejabat daerah Jinhu Jumaat lalu, kata akhbar yang diterbitkan People’s Daily milik Parti Komunis.

Polis dalam satu kenyataan berkata, tiga individu sudah ditahan.

Akhbar berkata, vaksin itu diberi pada 7 Januari walaupun tarikh tamat tempoh 11 Disember lalu, menambah pihak berkuasa kerajaan tempatan sudah menubuhkan satu pasukan siasatan khas meneliti kes itu. Katanya, 17 individu sudah dihukum.

China, yang berulang kali berikrar untuk mengenakan tindakan keras ke atas syarikat dan pegawai terbabit dalam skandal makanan dan ubatan semalam berkata, keselamatan makanan dan kesihatan akan menjadi keutamaannya sempena kempen anti-rasuah tahun ini.

Pembuat vaksin China, Changsheng Bio-technology Co Ltd terbabit dalam satu skandal tahun lalu selepas ia didapati memalsukan data untuk vaksin anjing gila. Ia berdepan penalti sebanyak 9.1 bilion yuan (RM5.53 bilon).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 12:12 PM