CRISTIANO Ronaldo. FOTO AFP
CRISTIANO Ronaldo. FOTO AFP
AFP

POLIS Las Vegas sudah meminta bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo menghantar sampel DNA bagi membolehkan siasatan kes rogol yang didakwa berlaku pada tahun 2009 dapat dilakukan.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Peter Christiansen yang memberitahu bahawa sampel DNA itu adalah prosedur standard polis, lapor AFP.

“Anak guam saya kekal dengan kenyataannya sebelum ini bahawa apa yang berlaku di Las Vegas pada 2009 adalah secara sukarela dan ia bukan mengejutkan apabila wujudnya DNA mahupun diperlukan polis sebagai sebahagian prosedur standard untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Polis Las Vegas memberitahu, pihaknya sudah membuat permintaan rasmi terhadap pihak berkuasa Itali sambil menjelaskan ia adalah langkah sama diambil dengan mana-mana kes serangan seksual untuk mengumpul bukti DNA.

Tahun lalu, bekas model, Kathryn Mayorga, 34, menuduh Ronaldo merogolnya dalam pertuduhan yang difailkan di Nevada.

Dia mendakwa dirogol di hotel pada 13 Jun 2009 selepas bertemu Ronaldo di sebuah kelab malam di Las Vegas tidak lama sebelum bintang bola sepak itu menyertai Real Madrid dari Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 10:29 AM