FOTO AFP
FOTO AFP
AFP

LOS ANGELES: Walt Disney Studios menutup tahun 2018 dengan memperoleh pendapatan lebih AS$7 bilion (RM29 bilion) susulan kejayaan filem seperti ‘Black Panther’ dan ‘Avengers: Infinity War’.

“Ini adalah kali kedua dalam sejarah studio memperoleh pendapatan lebih AS$7 bilion, selepas Disney sendiri mencipta rekod pada 2016 dengan mendapat AS$7.6 bilion (RM31 bilion).

“Syarikat menganggarkan pendapatan pecah panggung antarabangsa sehingga 9 Disember lalu adalah AS$4.069 bilion (RM17 bilion), menjadikan ini tahun kedua terbesar kami dan ketiga dalam sejarah industri,” kata kenyataan syarikat semalam.

Kejayaan itu diumumkan ketika studio berkenaan bakal menyiarkan filem ‘Mary Poppins Returns’ pada 19 Disember ini, yang dijangka mendapat sambutan ketika musim cuti.

“Sehingga kini, empat daripada lapan tayangan utama seluruh dunia adalah daripada The Walt Disney Studios, termasuk dua tayangan antarabangsa dan tiga domestik,” menurut kenyataan.

‘Avengers: Infinity War’ sahaja memperoleh kutipan sehingga AS$2 bilion (RM8.35 bilion) diikuti ‘Black Panther’ dengan AS$1.35 bilion (RM5.6 bilion) di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Disember 2018 @ 9:47 AM