ABE (dua dari kiri) melawat tempat gempa bumi di Hokkaido. FOTO/AFP
ABE (dua dari kiri) melawat tempat gempa bumi di Hokkaido. FOTO/AFP
AFP

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe melawat rantau utara dilanda gempa bumi di Hokkaido hari ini ketika pihak berkuasa mengesahkan dua lagi maut, menjadikan jumlah mangsa kini 37 orang.

Abe melawat bandar itu dan hab komersial di Sapporo di mana gempa magnitud 6.6 Khamis lalu menyebabkan rumah musnah dan jalan raya merekah.

Beliau dijadual menaiki helikopter meninjau kemusnahan di Atsuma, bandar kecil luar bandar yang menyaksikan majoriti maut akibat bencana itu.

Abe kemudian melawat penduduk di pusat pemindahan di Atsuma sebelum bertemu gabenor Hokkaido, Harumi Takahashi.

Lawatannya dibuat ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan tanpa henti dua mangsa hilang.

Kerajaan Hokkaido berkata, angka kematian kini berjumlah 37 orang dengan satu mayat belum diisytiharkan secara rasmi oleh pakar perubatan.

“Hujan sekejap-sekejap di Atsuma. Kerja diteruskan untuk mencari mangsa hilang,” kata pegawai pengurusan bencana serantau.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 September 2018 @ 4:57 PM