Agensi

PADAH mencuci kenderaan pacuan empat roda Land Rover di dalam sungai kerana mahu menjimatkan wang, lelaki di Bandar Chengdu, China, hampir kehilangan kenderaan miliknya itu.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila lelaki terbabit memandu kenderaan itu ke dalam sungai bagi mencucinya.

Bagaimanapun, empangan dibuka secara tiba-tiba menyebabkan air sungai deras dan hampir menenggelamkan Land Rover terbabit.

Lelaki terbabit kemudian terpaksa meninggalkan keretanya sebelum menghubungi polis untuk bantuan.

Polis yang terbabit dalam operasi menyelamat mengingatkan masyarakat supaya sering mementingkan keselamatan sebelum melakukan sesuatu perkara.

“Keselamatan seharusnya diutamakan,” katanya sebaik operasi menyelamat selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 11:19 AM
KEADAAN kereta mangsa yang hampir ditenggelamkan arus deras sungai selepas empangan dibuka. FOTO Agensi
KEADAAN kereta mangsa yang hampir ditenggelamkan arus deras sungai selepas empangan dibuka. FOTO Agensi