NAWAZ (kiri) ditahan sebaik sahaja mendarat di Lahore. -Foto AFP
NAWAZ (kiri) ditahan sebaik sahaja mendarat di Lahore. -Foto AFP

LAHORE : Bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif ditahan sejurus mendarat di negara ini semalam dan bakal menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan rasuah.

Menurut kenyataan pentadbir di Islamabad, Sharif dan anak perempuannya, Maryam ditahan serta merta oleh pihak berkuasa sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Mereka mendarat di Lahore dan terus dibawa ke ibu negara, kata kenyataan itu lagi.

Seorang pegawai dari jabatan anti rasuah yang enggan dikenali mengesahkan penahanan itu.

Sharif yang mendakwa menjadi sasaran kerajaan baru kini sedang berjuang untuk saki baki karier politiknya selepas kejatuhan parti Liga Muslim-Nawaz (PML-N) pada minggu terakhir kempen, menjelang pilihan raya 25 Julai nanti.

Hampir 15,000 penyokong beliau menyanyi dan menari di Mall, iaitu laluan utama di Lahore bagi menyambut kepulangan Sharif dari London.

Lahore ialah ibu negeri wilayah Punjab yang juga kawasan paling padat penduduk di Pakistan dan kubu kuat PML-N.

Sejumlah kecil penyokong pula berhimpun di sepanjang jalan menuju ke penjara Adiada di Rawalpindi, lokasi persinggahan sementara Sharif sebelum dibawa ke rumah tamu di pinggir ibu negara yang dikatakan bakal menjadi penjara tambahan untuk beliau. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 11:49 AM