JONG Un (kiri) berjalan bersama Jae-in di Zon Bebas Tentera sempenasidang kemuncak pertama kedua belah pihak. -AFP
JONG Un (kiri) berjalan bersama Jae-in di Zon Bebas Tentera sempenasidang kemuncak pertama kedua belah pihak. -AFP
AFP

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Zon Bebas Tentera hari ini sempena pertemuan bersejarah sidang kemuncak pertama di antara kedua-dua negara sejak lebih sedekad.

Sebaik Jong Un melangkah garisan berkenaan, beliau menjadi pemimpin Korea Utara pertama menjejakkan kaki ke Selatan sejak Perang Korea berakhir 65 tahun lalu.

Jae-in menyambut ketibaan Jong Un di Garisan Sempadan Ketenteraan pada kira-kira jam 9.30 pagi (waktu tempatan) yang bertindak sebagai sempadan di antara kedua negara sebelum perbincangan yang memberi tumpuan kepada senjata nuklear Utara berlangsung.

“Saya gembira dapat bertemu dengan anda,” kata Jae-in kepada rakan sejawatnya Jong Un, pemimpin Utara pertama untuk masuk ke Selatan sejak perang Korea.

Jae-in juga sempat melangkah masuk seketika ke Korea Utara sebelum kembali semula ke Selatan sebagai tanda penghormatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 April 2018 @ 10:41 AM