CHO Hyun-min. FOTO NEWSIS
CHO Hyun-min. FOTO NEWSIS
Reuters

Seoul: Kesatuan sekerja Korean Air Lines mendesak anak perempuan bongsu pengerusi syarikat penerbangan berkenaan, meletak jawatan daripada pengurusan selepas didakwa bertindak biadab terhadap pegawai agensi pengiklanan yang menimbulkan kemarahan ramai.

Cho Hyun-min, juga dikenali sebagai Emily Choo dan timbalan presiden kanan di Korean Air, Khamis lalu meminta maaf atas apa yang diakuinya sebagai ‘tindakan bodoh’ selepas media melaporkan dia menyimbah air ke muka pengurus agensi pengiklanan ketika satu mesyuarat.

Emily adik kepada Cho Hyun-ah, atau Heather Cho, yang menjadi tajuk utama berhubung kes kemarahan kerana kacang pada 2014 apabila ‘mengamuk’ dengan cara kacang macadamia dihidangkan untuknya ketika menaiki kelas pertama pesawat itu.

Emily yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon semalam selepas memendekkan percutiannya, menafikan kepada saluran televisyen MBC dia menyimbah air ke muka pengurus berkenaan tetapi mengaku ‘menolaknya.’

Polis melancarkan siasatan awal untuk melihat sama ada Emily menyalah guna kuasa untuk melanggar sebarang undang-undang berkaitan laporan terbaru itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 April 2018 @ 1:59 AM