Beijing: Bagi golongan pelajar, apa yang paling ditakuti adalah masuk ke dewan peperiksaan dan terlupa semua yang mereka belajar.

Namun, seorang pelajar wanita mendapat satu idea untuk membawa nota ke dewan peperiksaan, dengan menulis di pahanya.

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial di China memuat naik gambar rakan sekelasnya yang menggunakan pahanya untuk menulis nota.

“Saya ketawa tidak berhenti-henti. Ia cara rakan sekelas saya menipu ketika peperiksaan, ia bukan satu ujian yang mudahkan?

“Saya berharap gambar ini akan menjadikan dia terkenal,” katanya.

Gambar itu kemudian tular dan menerima lebih 22,000 komen daripada pengguna media sosial.

Pengguna juga mendapati nota itu berkait dengan subjek akaun.

“Ini nota kira-kira kredit dan debit yang mudah,” kata seorang pengguna.

Ramai pengguna media sosial juga mengecam tindakan wanita itu yang menipu ketika peperiksaan.

“Adakah dia fikir menipu ketika peperiksaan itu satu perkara yang baik?” tanya seorang pengguna.

Menipu ketika peperiksaan bukanlah perkara baru di China dan pada bulan lalu pihak berkuasa menemui pelbagai cara canggih digunakan pelajar untuk meniru.

Pelbagai peralatan canggih seperti pen kamera dan jam dengan alat komunikasi tanpa wayar dirampas daripada pelajar di dewan peperiksaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2017 @ 10:51 AM