CROCKTOWN bagi pemilik sukakan gaya moden dan elegan.
CROCKTOWN bagi pemilik sukakan gaya moden dan elegan.
Nurul Husna Mahmud

Dapur bukan sekadar ruang penyediaan hidangan semata-mata, sebaliknya ia turut menjadi tempat berkumpul seisi keluarga.

Ketika majlis keraian, ruang itu menjadi tempat penting kerana mencipta detik manis tatkala bergurau senda sambil menikmati sajian bersama orang tersayang.

Justeru, penataan ruang itu penting terutama dalam pemilihan material bagi memastikan fungsi dapur sebagai ruang penyediaan tidak terjejas di samping peranannya sebagai tempat bersosial.

Melihat kepada peranan dapur yang cukup besar, pemilik rumah pastinya mengimpikan rekaan yang epik bagi memenuhi keperluan itu.

Hasrat itu boleh direalisasikan dengan memiliki seleksi penataan dapur dari Cosentino bagi pengalaman cukup selesa berada di ruang itu.

Seleksi permukaan (top) dapur baik rekaan meja atau kaunter di ruang itu dengan menggunakan kemasan dari Cosentino Silestone HybridQ + Loft Series memberi pengalaman seperti di dapur profesional.

Material Silestone iaitu produk dihasilkan syarikat itu adalah gabungan material dan teknologi iaitu diperbuat daripada mineral terkuat di dunia, Quartz.

Kaedah pemotongan bahan itu menggunakan teknologi HybridQ+ iaitu antara teknologi terbaharu berperanan mengurangkan kehadiran kristal silika.

Jelas jenama itu mengutamakan aspek keselamatan dalam penyediaan makanan pemilik dan keluarga apabila produk itu turut dipastikan tidak mengeluarkan sebarang gas berbahaya ketika memasak atau membakar.

Tidak hanya menekankan fungsinya kepada tempat penyedia hidangan, seleksi siri permukaan dapur Cosentino Silestone HybridQ + Loft Series turut mengambil kira atmosfera atau pengayaan ruang berkenaan.

MENONJOLKAN elemen estetik meskipun ia ruang dapur.
MENONJOLKAN elemen estetik meskipun ia ruang dapur.

Justeru, pelbagai pilihan ditawarkan dalam siri itu mengikut cita rasa pemilik rumah mengikut konsep idaman.

Sebagai contoh Silestone HybridQ + Loft Series Croktown sesuai dengan mereka sukakan gaya dapur 'sleek,' moden dan elegan apabila rekaan permukaan dengan rona hitam serta perang gelap selain sedikit kusam.

Bagi mereka selesa dengan warna yang lebih terang, pilihan seleksi itu iaitu Nolita menawarkan padanan warna putih dan kelabu lebih cerah.

Sementara penggemar kelabu pula, Camden boleh memenuhi cita rasa anda dengan tona kelabu 'matte' bersama sedikit sentuhan tona putih.

Bagi peminat warna eksotik atau mempunyai esen eksentrik, seleksi Cosentino Silestone Hybrid Q+ Loft Series, Seaport adalah sepadan kerana elemen warnanya seperti warna gelap simen mempunyai pesona tersendiri.

Bagitu juga dengan pilihan dari seleksi Poblenou yang menampilkan warna kelabu 'matte' turut ada jalunan halus memberi seolah-olah gaya pasir Mediterrranean.

Setidak-tidaknya memiliki salah satu seleksi rekaan permukaan meja dapur atau kaunter itu menjadikan detik berkumpul bertambah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 6:44 AM