SETAPAK Central anjurkan program berkebun pertama, Bloom & Grow.
SETAPAK Central anjurkan program berkebun pertama, Bloom & Grow.
Aniza Zainudin

Sebagai usaha menyokong minat komuniti dalam aktiviti berkebun di bandar, Setapak Central menganjurkan program berkebun yang pertama, bertemakan Bloom & Grow, baru-baru ini.

Mengumpulkan kumpulan pakar tanaman, persatuan dan penyedia penyelesaian berkebun yang mempamerkan produk serta perkhidmatan, program hijau ini memberi peluang kepada masyarakat mendalami aktiviti selain tip berkebun di bandar.

Pengurus Pusat Beli-belah Setapak Central, Tan Thiam Sing berkata penganjuran program berkebun ini dapat mendidik dan memupuk minat masyarakat, khususnya pengunjung terhadap aktiviti mesra alam.

“Kebanyakan komuniti yang menetap di sekitar Setapak Central terdiri daripada pemilik rumah, ahli keluarga dan pelajar, jadi menerusi program ini diharap dapat menyebarkan mesej kebaikan berkebun.

“Kita juga berhasrat untuk menggalakkan aktiviti berkebun di kediaman masing-masing sebagai satu daripada usaha mengurangkan tekanan hidup akibat kesesakan hidup mahupun menuntut ilmu yang biasanya dialami komuniti setempat.

“Melalui program ini, kita membawakan pakar dalam bidang tanaman tertentu bagi membantu menyemai minat suka berkebun dan berkongsi ilmu pengetahuan supaya tanaman mereka hidup subur,” katanya dalam satu kenyataan media.

DEKORASI tumbuhan hijau,
DEKORASI tumbuhan hijau,

Turut hadir dalam program itu ialah pakar tanah dan pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia, Dr Christopher Teh Boon Sung yang berkongsi nasihat berkenaan tanda tumbuhan menghadapi masalah seperti keguguran daun, bunga dan buah, panduan campuran tanah yang betul untuk pelbagai jenis tanaman pasu.

Pengunjung juga turut menyertai sesi interaktif dihoskan Francis Chuah Teong Kah dari Urban Farm Tech berkenaan teknik reka bentuk dan penyelenggaraan akuaponik, yang juga sistem menggabungkan akuakultur serta hidraponik konvensional dalam persekitaran simbiotik.

Antara pakar lain termasuk, Serbajadi Gardening, Terra and Copper Work, Persatuan Bonsai & Suseki Malaysia dan Plant & Pot.

PERKONGSIAN penjagaan tanaman pasu.
PERKONGSIAN penjagaan tanaman pasu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 5:35 AM