IDEA Turenscape Landscape Architecture sarat falsafah landskap semula jadi tanpa mengetepikan kemodenan dan teknologi terkini.
IDEA Turenscape Landscape Architecture sarat falsafah landskap semula jadi tanpa mengetepikan kemodenan dan teknologi terkini.
Susunan Hartini Mohd Nawi


Turenscape Landscape Architecture dari Beijing, China antara firma arkitek landskap terbesar di dunia.

Diasaskan tokoh arkitek landskap Kongjian Yu, firma itu dikatakan mempunyai kira-kira 600 profesional termasuk arkitek, jurutera, pakar perbandaran dan pakar biologi.

Lebih lengkap, firma berkenaan turut menyediakan perkhidmatan global dalam seni bina, seni bina landskap, reka bentuk dan perancangan bandar, infrastruktur ekologi serta kaedah hijau.

 TURENSCAPE Landscape Architecture dilihat memperjuangkan pemuliharaan landskap tanpa menolak pembangunan.
TURENSCAPE Landscape Architecture dilihat memperjuangkan pemuliharaan landskap tanpa menolak pembangunan.

Baru-baru ini Turenscape Landscape Architecture menerima Anugerah Penghormatan ASLA 2016 untuk Quzhou Luming Park di Zhejiang oleh The American Society of Landscape Architects.

Ditubuhkan pada 1998, konsep asal firma itu berinspirasikan kehidupan luar bandar.

Ia membawa bayangan kehidupan Kongjian sendiri yang membesar di kawasan yang jauh dari kesibukan kota.

Ternyata idea Kongjian semakin mendapat perhatian dan beliau mengusahakan firma itu bersama isteri serta rakannya.

 INFRASTRUKTUR ekologi lebih kepada memanfaatkan alam semula jadi.
INFRASTRUKTUR ekologi lebih kepada memanfaatkan alam semula jadi.

‘Tu’ bermaksud bumi, ‘ren’ bermaksud orang. Jadi, Turen merujuk kepada bumi (tanah) dan orang serta yang saling berkait rapat dengan landskap.

Pada masa sama, Turenscape Landscape Architecture dilihat memperjuangkan pemuliharaan landskap tanpa menolak pembangunan.

Jika terdapat tapak terbiar seperti Zhongshan Shipyard Park yang asalnya tempat membaiki kapal, ia dibangunkan dengan teliti.

Tinggalan mesin lama, keluli atau objek kekal yang sukar dialihkan kemudian ditampilkan dengan pendekatan tersendiri.

RED Ribbon Park dengan elemen hiasan merah selari dengan taman.
RED Ribbon Park dengan elemen hiasan merah selari dengan taman.

Sungai sedia ada dipuliharakan dan dibangunkan sebagai usaha memperingati sejarah awal kawasan itu.

Begitu juga dengan pendekatan kawalan banjir untuk Quzhou Luming Park dan Wetland Urban National Qunli.

Qunli Stormwater Park pula diilhamkan daripada pertanian tradisional China sekali gus memberi kesan kepada suasana landskapnya.

Menerusi projek Red Ribbon Park, pendekatan berbeza turut diketengahkan dengan falsafah landskap semula jadi tanpa mengetepikan kemodenan dan teknologi terkini.

Seterusnya dari segi infrastruktur ekologi pula, ia lebih kepada memanfaatkan alam semula jadi.

KESELESAAN pengguna daripada pelbagai lapisan usia menjadi keutamaan Turenscape Landscape Architecture setiap kali membina taman.
KESELESAAN pengguna daripada pelbagai lapisan usia menjadi keutamaan Turenscape Landscape Architecture setiap kali membina taman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 10:40 AM