ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.
ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.
Zaitie Satibi

Pusat beli-belah pertama di Malaysia, Ampang Park, yang ditutup Januari lalu untuk dirobohkan selepas 44 tahun beroperasi bagi memberi laluan pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan sebahagian rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) antara 22 model seni bina yang dipamerkan DP Architects Sdn Bhd (DP Architects) sempena 50 tahun penubuhan firma arkitek itu.

Dalam pameran antarabangsa julung kali diadakan dengan tema ‘A Common Line | One Global Studio’ di ruang pameran Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) di ibu negara turut menceritakan perjalanan DP Architects yang kaya sejarah sepanjang meneroka bidang seni bina termasuk projek di Malaysia.

PENGUNJUNG tertarik melihat model seni bina bangunan terkenal seluruh dunia hasil kerja DP Architects.
PENGUNJUNG tertarik melihat model seni bina bangunan terkenal seluruh dunia hasil kerja DP Architects.

Pameran itu turut melancarkan portfolio DP Architects dalam konteks sejarah seni bina dan perkembangan penting landskap bandar di seluruh dunia.

Malah ia turut mengangkat falsafah dan tujuan reka bentuk firma itu dalam meningkatkan kualiti kehidupan bandar melalui seni bina yang cemerlang.

Di samping matlamat untuk menyerlahkan fungsi seni bina, urbanisasi dan faktor penyumbang seperti perubahan sosio ekonomi, budaya yang berkembang serta perubahan iklim mempengaruhi persekitaran yang dibina.

Antara projek terpenting di Malaysia yang dipamerkan seperti Coronation Square di Johor, SPICE Arena dan Design Village di Pulau Pinang, Ampang Park dan Berjaya Central Park di Kuala Lumpur.

MODEL pusat beli-belah Ampang Park.
MODEL pusat beli-belah Ampang Park.

Projek ikonik ini menjadi bahagian penting di bandar raya utama dalam negara terutama Ampang Park yang juga projek pertama syarikat itu di Malaysia. Contohnya, projek Coronation Square dan SPICE Arena mempamerkan reka bentuk mampan di tengah-tengah bandar raya pesat membangun di negara ini yang sangat sesuai dengan estetika berkaitan fungsi dan kebudayaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Angelene Chan berkata, pihaknya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada transformasi Malaysia sejak 1973 khususnya dan di 77 negara lain secara amnya.

ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.
ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.

“Setiap projek kami menceritakan keunikan zamannya sendiri dan bukan sekadar penanda kejayaan kami dalam amalan seni bina, tapi juga sebagai rangka tindakan kemajuan serta identiti bangsa.

“Apa yang paling penting, kami berharap dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat negara ini dengan terus berpegang teguh dalam usaha syarikat mengikut Pelan Pembangunan Kebangsaan Malaysia menerusi pembuatan dan pembentukan domain awam serta masyarakat yang mampan,” katanya ketika berucap dalam majlis pembukaan pameran itu, baru-baru ini.

ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.
ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.

Pameran berkenaan yang turut menampilkan 23 pemidang gantung dan 36 pelan seni bina projek di Malaysia dibuka kepada orang ramai mulai sehingga 28 Februari ini.

Antara model seni bina bangunan terkenal dipamerkan seperti Dubai Mall, Berjaya Times Square, Hab Sukan Singapura dan Akuarium Asia Tenggara di Resorts World Sentosa.

“Dalam pameran ini juga, kami membentangkan hasil kerja melalui lukisan dan model seni bina yang tidak dapat didedahkan sebelum ini,” katanya.

ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.
ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.

Acara perasmian disempurnakan Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd. Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Presiden PAM Ezumi Harzani Ismail.

Angelene berkata, acara berkenaan turut mempamerkan kerja portfolio DP Architects daripada konteks akademik. Ini akan membantu mereka dalam bidang seni bina untuk lebih menghargai impak positif projek pihaknya yang memberi inspirasi kepada bandar di Malaysia dan di seluruh dunia.

ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.
ANTARA model seni bina bangunan terkenal di seluruh dunia yang dipamerkan.

“Oleh kerana Malaysia menandakan peristiwa penting awal dalam perjalanan syarikat ini, kami mahu Kuala Lumpur menjadi pameran pertama kami di luar ibu pejabat di Singapura.

“Menerusi jarak geografi, sejarah, budaya, konteks ekonomi dan politik bersama antara Malaysia dan Singapura, kami berharap kisah syarikat ini dan transformasi bandar yang dilakukan akan bergema dalam kalangan komuniti arkitek di sini.

“Pada masa sama, ia membolehkan kami mengkaji semula perjalanan seni bina dan melihat semula tanggungjawab kami sebagai arkitek. Falsafah reka bentuk DP Architects sebenarnya diasaskan atas keprihatinan yang mendalam terhadap persekitaran dan keperluan untuk mewujudkan seni bina cemerlang,” katanya.

ANGELENE (kanan), Ezumi Harzani (tengah) dan Mohd Najib melancarkan pameran seni bina DP Architects.
ANGELENE (kanan), Ezumi Harzani (tengah) dan Mohd Najib melancarkan pameran seni bina DP Architects.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 12:20 AM