Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. - FOTO NSTP
Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. - FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Ringgit pada masa ini terkurang nilai (undervalued), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.

"BNM telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada sesi dagangan pagi ini, ringgit berada pada 4.7775/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7795 ketika ditutup pada Isnin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 1:09 PM