INISIATIF #KitakanJiran Secret Santa Lotus’s memberi keriangan kepada kanak-kanak sempena sambutan Hari Natal tahun ini.
INISIATIF #KitakanJiran Secret Santa Lotus’s memberi keriangan kepada kanak-kanak sempena sambutan Hari Natal tahun ini.

WARGA kerja Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) bersama-sama pelanggan dan rakan niaga pusat beli-belahnya meraikan Hari Natal dalam suasana istimewa dengan 300 kanak-kanak dari sekitar Lembah Klang.

Menerusi sambutan bertemakan Lotus's Playful and Joyful Moments Secret Santa itu, ratusan hajat anak-anak yang kurang bernasib baik, dapat ditunaikan.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus's Malaysia, Azliza Azmel, berkata, terdapat ramai yang tidak bernasib baik apabila tidak dapat menyambut musim perayaan pada hujung tahun ini bersama keluarga dan orang tersayang.

"Oleh itu, semangat #KitakanJiran kami mendorong untuk menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak yang berkemungkinan tidak mendapat hadiah pada musim perayaan sebegini.

"Kami amat berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja di Lotus's, pelanggan kami dan juga rakan niaga pusat beli-belah kami yang berganding bahu dalam menjayakan program ini," katanya.

Majlis sambutan yang diadakan pihaknya, baru-baru ini, turut meraikan kanak-kanak dari beberapa rumah kebajikan.

Ia termasuk Rumah Kebajikan Karunai Illam Kepong; House of Joy Puchong; Yayasan Sunbeams Ampang; Praise Emmanuel Children& Home Petaling Jaya; Rainbow Home Cheras; Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Kepong Kuala Lumpur dan Persatuan Kebajikan Warga Tua Wilayah Persekutuan; Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang; Sweet Care Home Selayang dan Good SamaritanHome Klang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2023 @ 7:20 AM