TUCK Wai (dua dari kiri) pada majlis pecah tanah Lotus’s di IJM Rimbayu - Gambar ihsan IJM Land
TUCK Wai (dua dari kiri) pada majlis pecah tanah Lotus’s di IJM Rimbayu - Gambar ihsan IJM Land
Tuck Wai (dua dari kiri) pada majlis pecah tanah Lotus’s di IJM Rimbayu - Gambar ihsan IJM Land
Tuck Wai (dua dari kiri) pada majlis pecah tanah Lotus’s di IJM Rimbayu - Gambar ihsan IJM Land

IJM Land menyempurnakan majlis pecah tanah Lotus's, pasar raya terkemuka yang bakal memacu landskap peruncitan dan komersial dalam kepesatan perbandaran bersepadu IJM Rimbayu di Selangor.

Dengan projek yang dijangka siap pada suku keempat 2024 membabitkan kos pembangunan sebanyak RM42 juta, Lotus's dijangka menjadi pasar raya terbesar dalam lingkungan 10 kilometer berada pada kedudukan strategik untuk menyediakan perkhidmatan kepada komuniti yang pesat berkembang di IJM Rimbayu.

Pasar raya besar baharu di IJM Rimbayu dibangunkan di atas tanah berkeluasan 4.48 ekar, dengan struktur binaan seluas 64,066 kaki persegi dan 185 lot tempat letak kereta.

Antara butiran projek termasuk pajakan selama 30 tahun, mencerminkan komitmen teguh Lotus's untuk menjadi tunjang utama dalam komuniti.

Menerusi kepelbagaian portfolio projek kediaman dan komersial di seluruh negara, IJM Land komited untuk memperkasakan kebolehdiaman dan kesejahteraan penduduk IJM Rimbayu serta mewujudkan pertumbuhan ekonomi di kawasan yang dimajukan itu.

Pasar raya besar Lotus's yang akan dibina adalah bukti komitmen syarikat untuk menawarkan nilai dan kemudahan berpaksikan komuniti kepada pemilik rumah.

Ia menawarkan akses mudah kepada penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan harian penting, selain dapat melonjak pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pasar raya ini juga menjadi tambahan kepada kawasan komersial sekitarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Wong Tuck Wai berkata, kedudukan Lotus's di IJM Rimbayu bukan hanya sekadar mudah diakses, malah berfungsi sebagai pintu masuk kepada kemudahan yang tiada tandingan, yang disepadukan dengan lancar ke dalam kehidupan kejiranan.

Beliau berkata, hab ini bukan sahaja memenuhi keperluan berbeza penduduk dan pengunjung, malah bertindak sebagai pemangkin untuk pertumbuhan hartanah komersial berdekatan.

"Perniagaan pastinya tidak sabar untuk memanfaatkan peningkatan trafik pengunjung dan bakal meneroka peluang utama ke atas ruang runcit dan pejabat di kawasan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, IJM Land berjaya melancarkan 5,472 unit kediaman di IJM Rimbayu, dengan 3,980 daripadanya terjual, siap dan diserahkan kepada pemilik.

Penambahan komponen Lotus's menekankan komitmen IJM Land untuk memenuhi keperluan komuniti yang terus berkembang, termasuk pilihan pembiayaan untuk barangan bernilai tinggi seperti kelengkapan dan produk elektronik.

Kemudahan ini dapat menjimatkan masa dan usaha penduduk, serta tidak lagi perlu ke kawasan lain bagi melengkapkan keperluan dan barangan runcit mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 7:04 AM