PELAJAR MMU kini boleh menikmati set hidangan Ayam Panggang dari Kedai Ayamas.
PELAJAR MMU kini boleh menikmati set hidangan Ayam Panggang dari Kedai Ayamas.
HM Digital

Universiti Multimedia (MMU) jalin kerjasama dengan rangkaian Kedai Ayamas bagi meraikan sesi orientasi pelajar baharu 2021 di seluruh negara.

Dengan norma baharu, Universiti Multimedia mengalu-alukan pelajar baharu menerusi orientasi dalam talian daripada proses pendaftaran sehinggalah aktiviti-aktiviti minggu orientasi.

Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Kedai Ayamas, Mohamad Izham Mohamad Haroun berkata, dengan kerjasama ini pelajar MMU kini boleh menikmati set hidangan Ayam Panggang dari Kedai Ayamas pada hari orientasi mereka walaupun ia hanya dijalankan secara dalam talian.

Menurutnya, lebih 3,000 pek makanan sudah dihantar terus ke kediaman pelajar sejak Ogos lalu.

"Kami sangat teruja dengan kerjasama ini kerana hidangan set ayam panggang ini pastinya memberi keceriaan kepada pelajar baru MMU.

"Kolaborasi ini juga adalah salah satu cara pihak MMU untuk menzahirkan penghargaan kepada pelajar mereka ketika pandemik Covid-19 ini," katanya.

Melalui unit katering kata Izham rangkaian Kedai Ayamas sedia membantu mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang program atau majlis.

"Kami menyediakan pelbagai pilihan menu makanan dengan harga yang berpatutan.

"Senang, cepat dan berpatutan pastinya katering Kedai Ayamas pilihan terbaik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 6:36 AM