Mah Sing menawarkan pelbagai pakej dan insentif untuk kemudahan pembeli. - FOTO Mah Sing
Mah Sing menawarkan pelbagai pakej dan insentif untuk kemudahan pembeli. - FOTO Mah Sing
Muhamad Shaifullah Tayep

PEMBELI hartanah khususnya rumah pertama sering dibelenggu kebimbangan kos tambahan pemilikan rumah dan kadar faedah yang selalu meningkat.

Akibatnya, ramai di antara mereka menangguhkan hasrat untuk memiliki rumah sebaliknya meneruskan konsep sewa yang kononnya lebih menjimatkan.

Bagi menangani kebimbangan itu, syarikat hartanah, Mah Sing tampil dengan Mah Sing Secured iaitu skim pemilikan rumah yang memudahkan pembeli hartanah.

Mah Sing Secured menawarkan pelbagai insentif seperti kadar faedah tetap bermula 3.3 peratus* yang bakal memberi kelegaan kepada pembeli rumah selepas melihat kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berturut-turut tahun lalu.

Pembeli tidak perlu bimbang akan kenaikan kadar faedah dirasai pembeli lain dan membayar jumlah bayaran balik bulanan yang sama sehingga tamat tempoh pinjaman.

Mah Sing Secured juga menawarkan bayaran berperingkat dengan penjimatan sehingga 30 peratus* pada bayaran bulanan.

Image

Insentif ini bukan sahaja menjimatkan kos pemilikan rumah pembeli, malah membolehkan mereka merancang perbelanjaan dan kewangan keluarga untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mah Sing Secured juga mempunyai pelbagai pilihan pakej dan insentif menarik yang boleh dipilih pembeli mengikut keselesaan dan kesesuaian mereka.

Mah Sing turut menawarkan ganjaran tambahan untuk pembeli memulakan perjalanan pemilikan rumah mereka.

Antara projek hartanah Mah Sing yang mengambil bahagian dalam skim Mah Sing Secured ini adalah M Adora, M Astra, M Luna, M Panora, Erica @ Meridin East, Southville City (Sensory), M Senyum, Ferringhi Residence 2, M Arisa dan M Oscar.

Layari laman web Mah Sing hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mah Sing Secured.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2023 @ 9:43 AM