PEMBUKAAN Kedai Ayamas di Seksyen 9, Shah Alam.
PEMBUKAAN Kedai Ayamas di Seksyen 9, Shah Alam.

KARA Holdings Sdn Bhd (KHSB) pemilik jenama dan pengendali rantaian Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express mengumumkan pembukaan Kedai Ayamas baharu di Seksyen 9, Shah Alam.

Pembukaan Kedai Ayamas Seksyen 9, Shah Alam berkenaan berteraskan reka bentuk yang lebih santai dan menarik.

Ia bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan berbelanja dan menjamu selera bersama keluarga, rakan-rakan di dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.

Majlis perasmian berkenaan dibuat oleh Pengerusi KHSB, Mohd Faris Adli Shukery.

Menurut KHSB, Kedai Ayamas yang telah beroperasi selama 34 tahun terus kekal di hati rakyat Malaysia dengan pelbagai memori indah disemat sepanjang perjalanan Kedai Ayamas bersama pelanggan-pelanggannya.

Di samping itu, jenama restoran berkenaan terkenal dengan resipi yang istimewa untuk Ayam Panggangnya iaitu Percik, Pepper dan Golden.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 6:20 AM