emangku Presiden REHDA, Datuk NK Tong (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Jayaselan Navaratnam (kiri) dan Naib Presiden REHDA, Zulkifly Garib (kanan).
emangku Presiden REHDA, Datuk NK Tong (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Jayaselan Navaratnam (kiri) dan Naib Presiden REHDA, Zulkifly Garib (kanan).
BERNAMA

Petaling Jaya: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Media Prima Omnia Bhd akan menganjurkan bersama Karnival Jom Beli Rumah bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley dari 15-17 Julai 2022, karnival itu terutamanya akan memenuhi kumpulan pendapatan B40 dan M40, yang menampilkan hartanah mampu milik berharga dari RM250,000 dan seterusnya, kata Pemangku Presiden REHDA Datuk NK Tong.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk mempertimbangkan membeli hartanah kerana ia merupakan perlindungan yang baik terhadap inflasi dalam jangka panjang," katanya semasa sidang media mengenai karnival itu di sini hari ini.

Walaupun kadar faedah berubah-ubah, beliau berkata segmen hartanah akan mengekalkan nilainya dalam jangka panjang dan diharapkan juga dapat mengatasi kadar inflasi.

Mengenai karnival itu, Tong berkata 17 pemaju hartanah terkemuka, enam institusi kewangan dan beberapa agensi kerajaan akan mengambil bahagian dalam karnival tiga hari itu.

Majlis perasmian itu dijadualkan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri KPKT Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 15 Julai.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Jayaselan Navaratnam berkata kementerian telah memohon lanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan kini sedang menunggu kelulusan kerajaan.

"Kami berharap diskaun tambahan 10 peratus di bawah HOC akan tersedia untuk karnival ini dan akan mengurangkan kadar faedah yang meningkat dan tekanan inflasi bagi menyediakan harga yang berpatutan untuk rakyat," katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai karnival itu boleh melayari mapex.com.my/kjbr-2022 dan hope.kpkt.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 5:22 PM