DARI kiri,  Pengasas SEAD Lucas Loo; Pengasas Bersama SEAD Toh Hua-Jie dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Viva Odyssey, Jerryson Abraham Doss.
DARI kiri, Pengasas SEAD Lucas Loo; Pengasas Bersama SEAD Toh Hua-Jie dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Viva Odyssey, Jerryson Abraham Doss.

SELEPAS proses semakan dan pemilihan yang ketat, Maxis mengumumkan pemenang edisi kedua Maxis Awards.

Program persekitaran mampan serta penyelesaian teknologi keselamatan inovatif SEAD Industries (SEAD) dan Viva Odyssey muncul sebagai pemenang terbaru anugerah itu.

Mereka bakal menerima sehingga RM150,000 penyelesaian Maxis Business, sokongan pakar serta geran kewangan untuk bantu merealisasikan idea berwawasan mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Loh Keh Jiat berkata, tujuan utama adalah untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah.

"Hasrat kami mahu membantu salinghubungan serta memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia di Rangkaian Maxis.

"Kami berharap, SEAD dan Viva Odyssey dapat merealisasikan visi mereka untuk membawa impak positif kepada komuniti sasaran," katanya dalam satu kenyataan.

SEAD ialah syarikat pakar dalam reka bentuk bangunan dan perkhidmatan perundingan alam sekitar.

Maxis membantu syarikat menghidupkan program penuaian buluh yang bakal memulihkan lebih 20 hektar tanah bekas lombong di Batu Gajah, Perak menggunakan kaedah agroforestry secara digital.

Sementara itu, Viva Odyssey ialah pembekal teknologi keselamatan dan sistem integrasi untuk pelantar penggerudian dan operasi minyak dan gas.

Dengan sokongan Maxis, syarikat itu bakal membina sistem laporan secara langsung serta amaran bahaya automatik untuk membantu pencegahan pembinaan dan mengurangkan kemalangan.

Untuk berpeluang memenangi Maxis Awards, perusahaan yang mengambil bahagian perlu mengemukakan idea perniagaan mereka, matlamat, mekanik dan kebolehlaksanaannya, bersama-sama impak yang diharapkan kepada masyarakat.

Mereka juga dikehendaki menyediakan video pengenalan berdurasi tiga minit mengenai pasukan yang menerajui projek serta maklumat latar belakang komuniti dan isu untuk diselesaikan.

Pemenang dipilih berdasarkan tiga kriteria utama – nilai kepada komuniti, kesegaran idea dalam mencerminkan tema 'baharu dan lebih baik', serta cara ia boleh didayakan teknologi.

Kriteria ketiga memerlukan para finalis untuk membentangkan penggunaan kesalinghubungan rangkaian dan penyelesaian digital Maxis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2022 @ 7:05 AM