MAZLIN Erawati (kanan) dan Priyanka Madan.
MAZLIN Erawati (kanan) dan Priyanka Madan.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Perkhidmatan penyelesaian e-pembayaran Setel, milik penuh Petronas Dagangan Berhad (PDB), Setel menawarkan pengalaman yang lebih inklusif kepada pengguna kenderaan di Malaysia dengan kemudahan tambah nilai dalam Dompet Setel menerusi GrabPay.

Menerusi kerjasama Setel dengan GrabPay Malaysia, pengguna GrabPay turut boleh mengisi petrol dengan lebih lancar menerusi Setel sekali gus meraih ganjaran di dua aplikasi terbabit.

Bukan itu sahaja, pengguna turut memperoleh GrabRewards bagi setiap penambahan nilai yang dibuat di Setel, dan mengumpul mata ganjaran Mesra bagi pembelian petrol atau barangan di mana-mana Kedai Mesra di seluruh negara dengan Setel.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, usaha sama Setel bersama GrabPay membolehkan pihaknya memperluaskan lagi pilihan tambah nilai serta ganjaran daripada rakan kongsi kami untuk pelanggan.

"Sehubungan dengan itu, mulai hari ini (21 Mac 2022) hingga 2 April 2022, pengguna baharu Setel dan GrabPay boleh meraih ganjaran tambahan sehingga RM21.

"Pengguna Setel baharu akan menerima kredit Setel sebanyak RM9 secara percuma bagi tiga transaksi tambah nilai pertama mereka yang berjumlah RM30.

"Pengguna GrabPay baharu akan dihadiahkan diskaun 20 peratus dengan had nilai sebanyak RM12 bagi transaksi dalam talian mereka yang pertama, jadi pengguna dapat menikmati lebih banyak kredit Setel pada harga yang lebih jimat.

"Dengan itu, pengguna kenderaan boleh menantikan lebih banyak ganjaran dan kempen diskaun yang akan datang, khususnya pada bulan Ramadan dan hari raya nanti," katanya, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Setel bermatlamat dalam menawarkan pengalaman mobiliti yang lebih baik di Malaysia dan setiap penambahbaikan yang diperkenalkan di aplikasi Setel adalah bertujuan memenuhi keperluan pelanggan.

Sementara itu, Ketua GrabPay, Grab Malaysia, Priyanka Madan berkata, usaha sama dengan Setel mencerminkan komitmen GrabPay dalam membekalkan penyelesaian kewangan yang inklusif kepada pelanggan kedua-dua pihak.

"Sebagai penyedia e-dompet antara yang terkemuka di Malaysia, kami percaya bahawa jalinan usaha sama bersinergi boleh membekalkan rakyat Malaysia dengan akses yang mudah ke atas keperluan harian mereka seperti snek, minuman dan petrol.

"Dengan perkembangan penerimagunaan e-dompet di seluruh Malaysia, sistem sekuriti kami terus berfungsi untuk menjamin keselamatan setiap transaksi," katanya.

Penambahan nilai GrabPay di Setel kini tersedia bagi pengguna yang mempunyai aplikasi Setel versi 1.91.0 dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penambahan nilai GrabPay di aplikasi Setel serta promosi semasa, sila layari https://www.setel.com/promotions/top-up-with-grabpay.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 4:08 PM