MOHAMAD Haris Kader Sultan.
MOHAMAD Haris Kader Sultan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melantik Mohamad Haris Kader Sultan sebagai ketua eksekutif baharu berkuat kuasa 1 Mac 2022, susulan persaraan Datuk Seri Jebasingam Issace John yang menerajui agensi itu sejak 2019.

Dalam kenyataan hari ini, NCIA berkata pengalaman Mohamad Haris selama 12 tahun dalam pelbagai projek berimpak tinggi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), pelaburan strategik dan program modal insan berteraskan rakyat, meletakkan beliau sebagai layak untuk menerajui NCIA.

Mohamad Haris yang berasal dari Pulau Pinang, merupakan lulusan ijazah sarjana muda Kewangan, Perakaunan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia serta sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan Universiti Sains Malaysia.

"Beliau yang juga ahli Institut Akauntan Malaysia, telah menyertai NCIA sebagai pengurus kewangan pada 2010 dan seterusnya sebagai pengawal kewangan pada 2018 serta menyandang tugas sebagai ketua pegawai kewangan pada 2020," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2022 @ 12:27 PM