7-ELEVEN Malaysia memenangi anugerah Syarikat Tahun Ini.
7-ELEVEN Malaysia memenangi anugerah Syarikat Tahun Ini.

RANGKAIAN kedai serbaneka terbesar negara, 7-Eleven Malaysia memenangi anugerah Syarikat Tahun Ini dalam kategori runcit sempena Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2021, baru-baru ini.

Anugerah itu pengiktirafan terhadap komitmen syarikat mempromosikan kelestarian ekonomi.

Ia juga tahun kelima berturut-turut 7-Eleven menang anugerah berkenaan.

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Chin Hor Wai berkata, penganugerahan ini lebih mendorong pihaknya terus berkhidmat kepada masyarakat.

"Memandangkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah tiang teras kepada perniagaan kami, kami berbesar hati menerima pengiktirafan atas impak yang kami jalankan kepada komuniti. 

"Kami berhasrat melangkaui keuntungan semata-mata dan memainkan peranandalam meningkatkan transformasi sosioekonomi Malaysia," katanya. 

Turut hadir di Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2021 Aktivis Sosial dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Penilaian anugerah berkenaan dijalankan menerusi pelbagai kriteria. Ia termasuk tujuan serta matlamat jelas syarikat dalam menjalankan CSR, impak serta kepentingan inisiatif dan kekerapan aktivitinya dalam aspek itu. 

CSR Malaysia turut membuat penilaian dari segi jumlah sumbangan diberikan, ketelusan syarikat dalam melaporkan aktiviti CSR, kreativiti perlaksanaan, kekuatan pasukan dan keberkesanan setiap inisiatif. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 7:00 AM