DIGI memperkenalkan Pelan RDY.
DIGI memperkenalkan Pelan RDY.

Kuala Lumpur: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan Pelan RDY (disebut Ready) Gaming iaitu pelan prabayar terbaharunya yang direka khas buat pemain permainan mudah alih.

Pelan prabayar yang unik ini akan menjadi pelengkap bagi pemain dengan pelbagai ciri seperti Always-on Gaming Internet, Optimised Gaming Latency dan Game Credit Cashback untuk pengalaman permainan mudah alih yang lebih hebat.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi Praveen Rajan berkata, pihaknya memahami pemain memerlukan sambungan internet berkelajuan tinggi yang konsisten untuk menjamin pengalaman optimum.

"Akses tanpa had ke atas permainan mudah alih popular dengan latensi yang dioptimumkan akan membantu menangani isu lazim yang dihadapi oleh pemain.

"Dengan pentas permainan mudah alih tempatan yang sedang berkembang pesat, kami percaya dengan RDY Gaming Plan, Digi kini bersedia untuk meneroka pasaran lebih luas dalam segmen permainan mudah alih di Malaysia," katanya.

dalam kenyataan.

Menurutnya, RDY Gaming Plan disediakan pada harga pelancaran istimewa yang bernilai RM68 sebulan, memberi pelanggan diskaun sebanyak RM20 dengan Always-on Gaming Internet dan Optimised Gaming Latency bagi enam permainan mudah alih, serta internet berkelajuan tinggi 50GB bagi segala kegunaan dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dengan pembaharuan automatik setiap 30 hari.

Pelanggan baharu boleh mendaftar atau bertukar ke RDY Gaming Plan melalui Digi Online Store. Pelanggan prabayar Digi sedia ada boleh juga menukar pelan mereka melalui UMB *128#.

Untuk meraikan pelancaran ini, 500 pelanggan pertama yang mendaftar untuk RDY Gaming Plan antara 10 hingga 31 Disember 2021, akan menerima internet ekstra 10 peratus selama 12 bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Disember 2021 @ 7:04 AM