FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Penyedia rangkaian telekomunikasi terkemuka, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menambah baik pelan Internet khusus untuk keperluan digital belia.

  Menerusi penambahbaikan itu, Digi memberikan akses tanpa had terhadap dua aplikasi sosial paling popular iaitu Instagram dan TikTok.

  Mulai hari ini, pelan yang sebelum ini hanya dibuka kepada pelajar, akan dikenali sebagai Pakej Data Khas Belia dan boleh di langgani oleh semua belia berusia antara 12 hingga 24 tahun.

  Ia ditawarkan pada harga RM20 sebulan, Pakej Data Khas Belia kini boleh didapati untuk masa terhad sehingga 31 Oktober 2021.

  Pakej berkenaan didatagkan dengan sambungan Internet berkelajuan tinggi 15GB yang disertakan dalam pelan, akses tanpa had selama 30 hari ke TikTok dan Instagram membolehkan belia untuk kekal berhubung antara satu sama lain dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif .

  Pakej Data Khas Belia ini boleh didapati dengan mudah oleh pelanggan Digi melalui aplikasi MyDigi atau dengan mendail *123#.

  Manakala, pelanggan baharu pula boleh mendaftar untuk pelan tersebut yang didatangi dengan SIM percuma melalui Digi Store, Digi Store Online, atau daripada mana-mana pengedar sah Digi.

  Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran Pakej Data Khas Belia Digi, sila layari https://www.digi.com.my/shop/prepaid-plans/pakej-data-khas-belia/.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 11:30 PM