MENTERI Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan (empat dari kanan) dan Megat Jalaluddin (dua dari kanan) selepas penyerahan replika Surat Niat oleh Lada kepada TNB.
MENTERI Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan (empat dari kanan) dan Megat Jalaluddin (dua dari kanan) selepas penyerahan replika Surat Niat oleh Lada kepada TNB.

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat solusi tenaga hijaunya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) akan menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) bagi mengurangkan pelepasan karbon mereka menerusi pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi.

GSPARX bakal memasang sistem solar fotovoltaik 363kWp di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung dan bergantung kepada perjanjian, potensi penjimatan bil elektrik LPSB selepas pemasangan dijangka antara RM87,000 hingga RM244,000 bagi tahun pertama dan boleh mencecah RM5 juta hingga RM7.4 juta bagi tempoh 25 tahun.

Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB), anak syarikat Lada, pengendali Kompleks Dermaga Tanjung Lembung.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam kenyataan berkata, menerusi kerjasama strategik dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Lada menyatakan hasrat berkenaan melalui penyerahan Surat Niat dalam satu majlis yang diadakan di kompleks berkenaan.

"TNB sedia menyumbang kepakaran dalam bidang tenaga solar menerusi GSPARX bagi membantu Lada mencapai objektif mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menjana tenaga hijau.

"Bagi mencapai aspirasi kami untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa, TNB akan terus membangunkan keupayaan yang terbukti dalam bidang panel solar fotovoltaik," katanya.

Menurutnya, Lada dan LPSB akan menjana tenaga hijau yang bukan sahaja menyokong usaha kerajaan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 7:02 AM